Akhirnya.
by Irma Iza at/on 7:01 PM
in
in
Saya benar-benar berharap bahawa hari ini adalah hari terakhir berbuka puasa di sekolah/institusi pengajian berasrama penuh. Dah TUJUH tahun berbuka di asrama. TUJUH tahun, bai. Orang lain buka puasa makan dengan family, berdebar tunggu azan ramai-ramai, pergi bazaar ramadan dengan mama dan ayah, tapi saya, TAPAO NASI KAWAH DARI DEWAN SELERA. Bukan tak bersyukur, ya, saya berterima kasih, sekurang-kurangnya masih ada makanan untuk berbuka dan bukan hanya makan maggi kerana tak sempat ambil makanan dari dewan selera.
Saya tak tahu kalau-kalau hanya saya yang perasan perkara ini. Saya harap ia tidak berlaku kepada anda.Sejak dah makin besar ni saya rasa suasana sambut bulan puasa semakin kurang meriah. Kalau dulu, semasa di MRSM Pasir Salak (saya rasa ramai pembaca yang kurang tahu saya berada di sana dari Tingkatan 1 - 3), setiap petang akan ada tadarus dengan ahli bilik di surau. Kalau tak ada tadarus, Ustaz Zaini akan buat kuliah Hadis 40. Saya rasa kuliah tu sangat berguna, kerana kalau tak, sampai sekarang pun saya takkan tahu Hadis 40 tu apa. lepas tu, malam-malam sebelum pergi prep akan solat terawih ramai-ramai. Bila habis prep, pergi public phone call Mama, sebab dulu tak boleh bawak handphone.
Haih. Over are those days. Tinggal sebagai memori manis. sekarang, let's just make the most of what we have. Dan yang penting, tolong pergi terawih, ye..
Haih. Over are those days. Tinggal sebagai memori manis. sekarang, let's just make the most of what we have. Dan yang penting, tolong pergi terawih, ye..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
kita dengaq kuliah hadith 30 oleh Ustaz Manul XD
Ustaz Manul.
Bunyi dia tak sedap.
Post a Comment